Saturday, 6 August 2011

Permainan Tradisi Melayu

Batu Seremban


Gambar dari:google.com

Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya. Ia boleh dimain secara individu atau dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah untuk penentuan siapa yang akan bermain dahulu. Caranya adalah  kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Cara Bermain
 Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang lain-lain.Ia mula dengan peringkat pertama dengan gunakan sebiji buah yang dinama sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi sampai buah tujuh. semakin peringkat lebih tinggi, lagi susah untuk bermain kerana batu serembannya sudah banyak.


Dibuat oleh:Putri Nur Elysa 2/4

No comments:

Post a Comment